HULU TERENGGANU
10 Feb. - Bandar kecil Kuala Berang yang menjadi pusat pentadbiran
daerah ini akan diperkenalkan sebagai Bandar Cahaya Bawah Tasik dengan
tarikan limpahan cahaya lampu berwarna-warni yang mengindah dan
menghidupkan suasana malam sekitarnya.
Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala
Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang berkata, ia bakal menjadi satu
simbol yang bakal mengingatkan semua bahawa daerah ini yang merupakan
pusat pengeluar tenaga elektrik terbesar melalui Empangan Kenyir selain
pusat ikon pelancongan.
Menurut beliau, cadangan itu telah dikemukakan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk membiayai dan kini masih di peringkat perancangan dari segi pelaksanaan konsepnya kelak.
“Langkah ini diharap mampu mampu menjadi nilai
tambah dalam menarik lebih ramai pelancong ke bandar ini yang mempunyai
sejarahnya tersendiri sebagai pusat dagangan silam, Batu Bersurat,
selain ke Tasik Kenyir dan juga hutan lipur Sekayu.
“Cetusan idea itu telah dikemukakan kepada syarikat utiliti tersebut sebaik sahaja mereka memaklumkan tentang pemilihan daerah ini sebagai salah satu daripada dua lokasi yang bakal mendapat manfaat melalui pelaksanaan projek tanggungjawab sosial korporat (CSR).
“Sebagai wakil seluruh rakyat Kuala Berang, kami berterima kasih serta berbangga dengan inisiatif TNB, dan dalam usaha menonjolkan peranan juga sokongan mereka, maka saya melihat keperluan untuk mengindahkan kawasan ini.
“Ini juga sebagai satu persediaan ketika Kuala Berang dijangka turut menerima kesan limpahan ekonomi apabila tasik bebas cukai pertama di dunia di Tasik Kenyir beroperasi kelak,” ujarnya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.
Empangan Kenyir atau Stesen Kuasa Sultan Mahmud merupakan empangan terbesar di Semenanjung yang dikendalikan TNB dengan keupayaan terjamin h 165 MW dan janaan tenaga tahunan 1,600 GWh.
Menurut Tengku Putera, satu pertemuan antara TNB dengan Jawatan Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta penghulu telah diadakan baru-baru ini diikuti dengan pegawai daerah dan pihaknya bagi mendapatkan maklumat awal tentang pembangunan yang diperlukan penduduk setempat.
Katanya, selain aspek pencahayaan, tumpuan turut dicadangkan bagi menaik taraf Dewan Terbuka Badan Kebajikan dan Sukan Komuniti Kuala Berang dengan kemudahan kolam renang dewasa serta kanak-kanak, gimnasium diikuti trek joging dan basikal.
Sementara itu, beliau turut meminta penduduk setempat agar memanfaatkan pembukaan tasik bebas cukai kelak untuk turut menjana kegiatan ekonomi dan tidak sekadar menjadi pemerhati apabila Kuala Berang yang menjadi bandar laluan menjadi tumpuan ramai kelak.
“Ini termasuklah dengan membangunkan ruang-ruang niaga, penginapan, menyediakan khidmat pengangkutan di samping mempelbagaikan corak produk yang dikenali di daerah ini secara lebih kreatif seperti jagung dan masakan tempatan dengan harga berpatutan,” ujarnya.

No comments:
Post a Comment